Pulau Warisan......
Patutnya saya boleh karang sebuah sajak utk semalam di Pulau Warisan...
Tapi tak bolehlah...idea tak dok mari...semulalah.....
Dua hari satu malam saya bersama staff waimii health berkhemah di pulau warisan
bersama SUARASA DI TRENGGANU... walaupun tak bersedia kerana kami diundang
disaat akhir, tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Khamis 7 okt kami dah sampai awal-awal dari kebanyakkan yang lain , ari tu cuma dapatkan
sticker kereta aje..yang lain belum siap...tinjau-tinjau booth waimii health....booth kami
berhampiran Sri Malaysia...oleh kerana tak de apa lagi..kami pun berehatlah dulu...
Jumaat 8 okt 8.30 pagi kami sampai ke tapak SUARASA orang dah ramai..peserta pun
dah hampir siap utk berniaga...kelam kabut juga kita yang tak biasa ditempat begini...
NTV9 datang juga ke gerai kami utk rakaman gerai....emmm terpaksa tolak..sebab belum
bersedia kelam kabut dengan susunan produk dan banting2... melepas nak masuk TV...
Alhamdulillah...sambutan digerai kami amat memerangsangkan...pengguna-pengguna setia produk waimii health dan juga pengguna baru tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan
penerangan lansung dari kami dan dapatkan produk. Tambahan pula Dr.Hadi perunding produk
pun ada bersama...dapat kaunseling percuma....apa lagi.....
Di SUARASA juga kami melancarkan jualan pertama KOSMETIK ALHADI.... dengan harga istimewa tentunya.... ALHADI SOAP paling dapat sambutan. Istimewanya sabun ini dlm bentuk cecair (liquid) mudah nak dibawa kemana-mana.
Aduhai....panasnya angin pantai....macam berjemor pulak rasanya... mujur juga ada SUN BLOCK ALHADI tak delah sun-burn sangat....akibatnya suara saya pun dah jadi suara Ella..
serak-serak basah...melayan pertanyaan dan memberi penerangan pada pengunjung...
Walauapa pun ...sun burn ke...suara tak de ke.... kunjungan ke SUARASA memang berbaloi..
pendek kata sepanjang jalan balik walaupun keletihan....boleh senyumlah.... Ponteng lagilah...ke konti Kelantan FM....suara enggak enak....
TERIMA KASIH PADA PENGUNJUNG SEMUA.....TERUS AMALKAN MINUMAN SIHAT AL HADI
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Mesej Anda Di sini