December 14, 2011

PROGRAM KAMI PRIHATIN

Sebagai penutup kepada aktiviti tahun ini, Waimii Health akan turut menyertai PROGRAM KAMI PRIHATIN anjuran persatuan penyiar kebangsaan yang akan mengadakan lawatan amal di rumah anak-anak yatim mangsa TSUNAMI Aceh pada 25 Disember 2011.

Waimii Health telah memilih wakil negeri Wilayah Persekutuan sebagai mewakili Waimii Health nanti. Beliau ialah saudara Fadlan Sahlan. Ini adalah sebagai penghargaan Waimii Health kepada wakil negeri yang telah bersama-sama memperkenalkan produk al hadi kepada pengguna semua. Beliau merupakan pengedar yang membuat jualan tertinggi disepanjang bulan November 2011 yang lalu.

Selain daripada menyertai acara-acara yang telah diatur disana nanti . Saudara Fadlan juga akan mewakili Waimii Health bagi memberi sumbangan untung tabung bencana tersebut.

Apa yang diharapkan semuga semuanya berjalan lancar dan saudara Fadlan dapat menitipkan 
 gambar-gambar untuk tatapan pengunjung
 blok ini. Sekian.Wassalam. ......................fauzi2525-------------

December 1, 2011

RALAT...2011

Ahh..terlalu cepat masa berlalu...
Rupanya 2011 sudah hampir ke penghujungnya, sederas air hujan yang mencurah2 dimusim begini...Sudah lama saya tidak berkesempatan menitipkan apa-apa di blog ini...Terasa ralat sekali..

Untuk menaip di blog ni saya memerlukan masa yang sesuai untuk melahirkan idea...
Suasana untuk membangkitkan perasaan...
Pesekitaran untuk terus ceria...

Insyallah ...sebelum berakhirnya 2011 saya akan cuba menitipkan sesuatu yang tertinggal....
Insyallah saya akan terus berkarya untuk semua pembaca blog saya...

Terima kasih kerana terus setia bersama blog saya...bersama produk al hadi....
Siapa yang belum cuba..jangan tunggu lagi...cuba satu tentu nak 2 atau 3.....

Insyallah semuga diberi keluangan untuk terus berada diruangan ini.

Jumpa lagi !!!!!