Sebagai penutup kepada aktiviti tahun ini, Waimii Health akan turut menyertai PROGRAM KAMI PRIHATIN anjuran persatuan penyiar kebangsaan yang akan mengadakan lawatan amal di rumah anak-anak yatim mangsa TSUNAMI Aceh pada 25 Disember 2011.
Waimii Health telah memilih wakil negeri Wilayah Persekutuan sebagai mewakili Waimii Health nanti. Beliau ialah saudara Fadlan Sahlan. Ini adalah sebagai penghargaan Waimii Health kepada wakil negeri yang telah bersama-sama memperkenalkan produk al hadi kepada pengguna semua. Beliau merupakan pengedar yang membuat jualan tertinggi disepanjang bulan November 2011 yang lalu.
Selain daripada menyertai acara-acara yang telah diatur disana nanti . Saudara Fadlan juga akan mewakili Waimii Health bagi memberi sumbangan untung tabung bencana tersebut.
Apa yang diharapkan semuga semuanya berjalan lancar dan saudara Fadlan dapat menitipkan
gambar-gambar untuk tatapan pengunjung
blok ini. Sekian.Wassalam. ......................fauzi2525-------------
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Mesej Anda Di sini