September 8, 2014

BABA

Semalam aku dimaklumkan baba tidak sihat. Makan minumnya alhamdulillah okey macam biasa. 
Cuma yang agak merunsingkan keadaannya. Akhir-akhir ni  baba agak murung dan tak banyak cakap.
Dia masih lagi ke surau sebelah rumah mak. Adakalanya dia tak jumpa pintu surau. Begitu juga semasa balik. Semua  jemaah dah turun dia masih termanggu di surau tu..sehingga dibantu baru dia balik ke rumah.

Kata mak, malam-malam baba tak tidur..kadang-kadang dia mengomel seorang..entah apa yang diperkatakan tidak jelas butir bicaranya. Mak pun sedia  maklum kesihatanya tidak begitu baik sejak akhir-akhir ni. Tentu dia pun rasa tak mampu nak melayan karenah baba lagi... nak jaga diri sendiri pun  dia dah tak larat. Dua tiga hari lepas baba angkut semua kain bajunya  ke bilik air direndamnya. Mujur ada Ani tolong cuci semula baju-baju baba.

Bila mak talipon memaklumkan keadaan baba , kita kena faham yang mak perlukan bantuan untuk mengurus baba yang bakal berumur 82 tahun Feb 2015 akan datang.Termenung juga aku dibuatnya. Bukan tak mahu jaga baba. Rasanya semua anak-anak baba berebut nak jaga baba jika diberi kesempatan menjaganya. Arwah mama menjaga baba begitu rapi...hingga kita anak-anaknya tak tau macam mana nak jaga baba semacam mama...setidak-tidaknya yang boleh mengembirakan baba macam semasa dia bersama arwah mama dulu.

Untuk meringan beban mak dan Ani anaknya aku kena bawa baba balik ke rumah. Setidak-tidaknya biarlah mereka berdua rehat , menghilangkan lengoh.Susah sangat ke nak bawa balik baba ke rumah ???. Sebenarnya baba pernah sakit selepas berkahwin dengan mak dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. 
Tubuh badan okey alhamdulillah tak ada apa-apa. Tapi setelah beberapa hari baba terkena stroke dan tak boleh berjalan. Kami angkut baba ke rumah , jaga baba sampai sihat dan alhamdulillah boleh berjalan semula, malahan boleh bawa kereta semula..Insyallah  kami akan jaga baba lagi...anak-anak baba memang nantikan peluang ini...untuk berbakti pada baba. Harap mak dapat ikut baba ke rumah kerana baba tak kan gembira tanpa mak disampingnya. Nanti Ani akan jaga rumah mak...bila baba dah okey sikit nanti baba balik lagi rumah mak...okey kan gitu....insyallah semuga dipermudahkan segala urusan baba. 

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Mesej Anda Di sini