September 29, 2014

CIKGU OH! CIKGU!

Tersentap hatiku melihat  Cikgu Mariani menangis di hadapan ibubapa muridnya.
Mulanya nampak dia cuba mengawal perasaan..tapi sebentar cuma..ternyata
dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya dalam menghadapi kerenah
murid-muridnya setiap hari.

Katanya " Tolonglah  saya ..bantulah saya , apa yang harus saya lakukan untuk
memperbaiki perilaku murid saya. Ianya tidak berubah dari awal tahun hinggalah
sekarang. Macam tu lah juga. "

Tertanya-tanya pulak aku apa yang berlaku dalam kelasnya. Macam serius benar.
Muridnya hanya murid tahun 4. Sempat juga dia menerangkan masaalah ini
bukan saja dia yang hadapi tetapi juga guru-guru lain. Dia sebagai guru darjah
rasa bertanggung jawab memikul masalah ini.

Katanya lagi " Mereka tidak menghormati guru, melayan guru macam kawannya,
tiada sikap hormat pada guru, bising dalam kelas bukan saja menggangu yang
lain tapi juga turut mempengaruhi yang lain . Kerja sekolah tak siap. Menyalin
pun tak siap. " Ternyata dia begitu kesal dengan sikap muridnya. Suaranya dan
airmatanya  menyatakan perasaan kesalnya dan sikap muridnya juga
menyatakan perasaan  bersalahnya kerana tidak dapat membaiki sikap muridnya.

Aku juga jadi sebak dengan apa yang diperkatakan. Terbayang diruangan mataku
guru bertubuh kecil itu dibuli muridnya  di tahun 4. Anak akukah yang
diperkatakan itu. Aku terpanggil untuk bersuara.

"Maaf  saya ingin mencelah ...dari apa yang cikgu sampaikan kpd kami
memperlihatkan kesungguhan cikgu untuk membentuk sikap murid-murid cikgu.
Walaubagaimana pun  cikgu gagal dan tidak dapat mengawal mereka
menjadikan cikgu begitu tertekan. Cikgu yang sepatutnya mengajar dalam
suasana riang dan ceria tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Bagaimanakah hasil yang bakal  kita perolehi...tentulah hasilnya tidak memuaskan."

"Cikgu  mengeluarkan isihati cikgu secara umum...tidak menyatakan siapakah
 murid itu. Kami para ibu-bapa tertanya-tanya  angkara anak akukah itu...?
Yang telah menyakitkan hati gurunya sendiri...yang tidak makan di ajar ... .
Sudahkah cikgu memaklumkan perkara ini kepada ibu-bapa berkenaan kerana
saya percaya  yang bermasalah itu bukannya semua murid kelasnya mungkin
seorang, dua atau tiga. Cikgu sepatutnya tidak membiarkan perkara ini
berlanjutan..tetapi segera memaklumkan kepada ibubapa secara peribadi  untuk
pemantauan, barulah ibubapa dapat membantu. Jika setakat menghamburkan
kekesalan tapi kami semua tidak tahu siapa puncanya...bagaimana kami harus
membantu. ..."

" Anak-anak yang degil atau hardcore perlu diasingkan dari yang tidak kerana
bimbangmereka akan mempengaruhi yang lain. Mengasingkan bukan lah
bermaksud memulaukan kerana mereka juga anak-anak kita yang pada nya
juga ada harapan seorang ibu dan ayah. Mungkin mereka bermasalah..
.kenalpastilah masalah mereka...mereka mungkin perlukan seorang kaunselor.
bantulah mereka...jika cikgu tidak mampu kerana kekang masa dek  mengejar
pencapaian murid keseluruhanya...mintalah bantuan guru-guru kanan yang lain ,
guru kaunselor dan sebagainya...rasanya itu lebih bermanafaat daripada
cikgu menghadapinya sendiri dengan tekanan perasaan bergelut tanggungjawab.
Jangan dibazirkan airmata cikgu untuk perkara begini...mintalah bantuan kami.....
berterus-teranglah dengan kami demi kebaikan  anak-anak kami..."





No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Mesej Anda Di sini