Tersentap hatiku melihat Cikgu Mariani menangis di hadapan ibubapa muridnya.
Mulanya nampak dia cuba mengawal perasaan..tapi sebentar cuma..ternyata
dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya dalam menghadapi kerenah
murid-muridnya setiap hari.
Katanya " Tolonglah saya ..bantulah saya , apa yang harus saya lakukan untuk
memperbaiki perilaku murid saya. Ianya tidak berubah dari awal tahun hinggalah
sekarang. Macam tu lah juga. "
Tertanya-tanya pulak aku apa yang berlaku dalam kelasnya. Macam serius benar.
Muridnya hanya murid tahun 4. Sempat juga dia menerangkan masaalah ini
bukan saja dia yang hadapi tetapi juga guru-guru lain. Dia sebagai guru darjah
rasa bertanggung jawab memikul masalah ini.
Katanya lagi " Mereka tidak menghormati guru, melayan guru macam kawannya,
tiada sikap hormat pada guru, bising dalam kelas bukan saja menggangu yang
lain tapi juga turut mempengaruhi yang lain . Kerja sekolah tak siap. Menyalin
pun tak siap. " Ternyata dia begitu kesal dengan sikap muridnya. Suaranya dan
airmatanya menyatakan perasaan kesalnya dan sikap muridnya juga
menyatakan perasaan bersalahnya kerana tidak dapat membaiki sikap muridnya.
Aku juga jadi sebak dengan apa yang diperkatakan. Terbayang diruangan mataku
guru bertubuh kecil itu dibuli muridnya di tahun 4. Anak akukah yang
diperkatakan itu. Aku terpanggil untuk bersuara.
"Maaf saya ingin mencelah ...dari apa yang cikgu sampaikan kpd kami
memperlihatkan kesungguhan cikgu untuk membentuk sikap murid-murid cikgu.
Walaubagaimana pun cikgu gagal dan tidak dapat mengawal mereka
menjadikan cikgu begitu tertekan. Cikgu yang sepatutnya mengajar dalam
suasana riang dan ceria tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Bagaimanakah hasil yang bakal kita perolehi...tentulah hasilnya tidak memuaskan."
"Cikgu mengeluarkan isihati cikgu secara umum...tidak menyatakan siapakah
murid itu. Kami para ibu-bapa tertanya-tanya angkara anak akukah itu...?
Yang telah menyakitkan hati gurunya sendiri...yang tidak makan di ajar ... .
Sudahkah cikgu memaklumkan perkara ini kepada ibu-bapa berkenaan kerana
saya percaya yang bermasalah itu bukannya semua murid kelasnya mungkin
seorang, dua atau tiga. Cikgu sepatutnya tidak membiarkan perkara ini
berlanjutan..tetapi segera memaklumkan kepada ibubapa secara peribadi untuk
pemantauan, barulah ibubapa dapat membantu. Jika setakat menghamburkan
kekesalan tapi kami semua tidak tahu siapa puncanya...bagaimana kami harus
membantu. ..."
" Anak-anak yang degil atau hardcore perlu diasingkan dari yang tidak kerana
bimbangmereka akan mempengaruhi yang lain. Mengasingkan bukan lah
bermaksud memulaukan kerana mereka juga anak-anak kita yang pada nya
juga ada harapan seorang ibu dan ayah. Mungkin mereka bermasalah..
.kenalpastilah masalah mereka...mereka mungkin perlukan seorang kaunselor.
bantulah mereka...jika cikgu tidak mampu kerana kekang masa dek mengejar
pencapaian murid keseluruhanya...mintalah bantuan guru-guru kanan yang lain ,
guru kaunselor dan sebagainya...rasanya itu lebih bermanafaat daripada
cikgu menghadapinya sendiri dengan tekanan perasaan bergelut tanggungjawab.
Jangan dibazirkan airmata cikgu untuk perkara begini...mintalah bantuan kami.....
berterus-teranglah dengan kami demi kebaikan anak-anak kami..."
September 29, 2014
September 24, 2014
DAIRY
23 JUN 2014
Saya terima n redha dengan apa yang saya hadapi sekarang ni, walaupun seribu kesukaran saya hadapi sebab itu takdir saya tapi saya bukan yang mudah mengalah walaupun saya diam.
26 JUN 2014
Saya dah tewas segala-galanya.
16 SEPT 2014
Selamat Hari Lahir buat Amir Hakimi Al - Hafiz semuga abang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat...wahh !!! satu Malaysia cuti utk hari lahir abang.
Saya demam dan batuk selsema. Tau lah saya ni kalu selsema memang teruk sangat nak cakap pun tak boleh. Ok lah saya kijo ni tapi pah ni nak balik tak tahan selsema kuat sangat.
24 SEPT 2014
Salam Yang arini saya ada interview...boleh doa-doakan untuk saya dan mungkin sehari dua ada lagi satu interview. Semuga terbuka pintu rezeki saya . Anak-anak dan Yang semuga sejahtera sokmo. Rasanya inilah jalan saya untuk kembali pada asal saya..tqq.. Yang ..yang...sangat Baik !!!!. Allah yang merancang kita sebagai hambanya hanya ikut jew, segala-galanya dari Dia.....tqq...Yang....Amin....
26 SEPT 2014
Salam Yang, sentiasa mengingati Yang dan anak-anak terutama Murni Hafidza...teringat ambil dia kat sekolah berlari-lari ke sana ke mari ..pah tu tersengih....
Alangkah ruginya saya lepaskan Yang n anak-anak ...sedangkan Yang n anak-anak sangat baik Allah anugerahkan pada saya...entahlah Yang apa nak jadi dengan saya semuga Allah ampuni saya percayalah saya sekarang sedang baiki diri saya setakat yang saya mampu dan terbaik !!!.
28 SEPT 2014
Insyallah setakat ni tiap waktu saya cuba jemaah di masjid... dan saya banyak jumpa dengan orang yang senasib dengan saya... seronok pulak...
30 SEPT 2014
Salam Yang kalau kalestrol tinggi cuba amal debu kulit kayu manis +n air suam + madu , minum pagi dan sebelum tidur malam. Insyaallah sangat mujarab.

September 23, 2014
AWEA.
Pagi Ahad lalu ..terkejut aku bila melihat bilangan mesej dalam what'up keluarga , semalaman aje ada 365 mesej...apa ke benda yang dibincangkan. Semalam kebetulan pulak..talipon aku off..tak de bateri.
Tak mahu ketinggalan ..aku bermula dari awal perbincangan....
Tangan rancak bergerak...mata terus berlari baca dan baca...tak sabar nak abiskan satu demi satu...yang aku tahu ..aku tak mau ketinggalan walaupun satu mesej...
Sebak dadaku...membaca patah-patah mesej yang ditulis oleh adik-beradikku yang ramai tu...sampai ketengah malam mereka bermesej...macam tak cukup masa...tak mau ditangguhkan ..malam tu juga mereka hamburkan segala yang terbuku dan tersimpan dihati....Rantaian muntiara telah berkumpul dan akhirnya terderai juga. Subhanallah...Allahhuakbar....Alhamdulillah...
Cerita Kak Ani baru nak bermula ...bersambung pula dengan cerita Awea...Teringat ungkapan Kak Ani...Inilah nikmat Allah.... Benarlah-benarlah...tiada kata-kata nak diungkapan. Selamat Pulang..Selamat Pulang adikku......Hati kecilku mengalu-alukan kepulangan adik ku kepangkuan kami semua. Abis membaca giliran aku pula bermesej...ganti yang semalam terlepas...Awea...Awea...
Kalaulah mama masih ada...inilah masanya yang ditunggu-tunggu...kesemua anaknya-anaknya...berkumpul semula...mama kami semua akan mewarnai taman-taman mu di sana nanti....insyallah....
Cebisan cacatan ari ni.....
Awea - I miss u all.
Ji buat mood hindustan pulok...
Jili - Ambo jealous sokmo ko demo, kes mama caro lebih ko demo.
Awea - Awea banyak dosa dengan mama tapi mama tetap sayang Awea..
Mas - Kita semua ni tak payah mimpi pun...sebut je nama mama semua nya
dah nak nangis..
Jili - Sebab kita semua rindu mama....
Banateke - Kita kena rasa shukor sebab ada mama dan baba yang membimbing
kita semua....
Awea - Allah saya banyak dosa....!!!!
Jili - Masa di Mekah dulu saya tak tak putus-putus berdoa di hijr ismail
depan kaabah...Ya Allah mama bagi nama come ko
adiku ismail serupo dengan nama nabimu. Minta la biar dia ikut jale
mcm jale nabimu....
Awea - Sessi luahan perasaan terbaik. !!!!
Awea - Zainab nama isteriku. Apa yang Allah bagi itulah yang terbaik.
Jili - Nama puteri nabi S.A.W n nama nenek kita.
Mas - Pengalaman buat kita matang, mengenali erti hidup...kemana pun
kita tak kan tenang selagi tidak kembali kejalan yang benar.
Bersyukorlah dengan apa yang ada.
September 22, 2014
KENANGAN
| walau ombak menghempas pantai .... |
Masih kedengaran lagi suara kak Ani
memperkenalkan dirinya di hujun
talian talipon. Terasa nak menjerit ...
sekuat hati....mendengar namanya
disebut jelas ."Macam mana Kak
Ani boleh cari saya semula "
tanyaku tak sabar.
Rupanya Kak Ani dalam sessi berkemas-kemas barangannya

di Pejabatnya. Dia akan pindah ke Shah Alam.. awal bulan depan...
dalam berkemas-kemas itulah dia terjumpa kad raya, yang ku
layangkan padanya 14 tahun dahulu.... 14 tahun sudah kita terputus
hubungan. Kini Allah menemukan kita semula.
.Alhamdulillah tak susah katanya..talipon saja nombor office sebut nama dah dikenali....yalah....dah nak pencen ...pun... mana tak nya ....semua orang tau..sebut saja nama. Cuma mujur juga aku tak bertukar-tukar pejabat. Dari dulu sampai sekarang dok sini saja.
dalam berkemas-kemas itulah dia terjumpa kad raya, yang ku
layangkan padanya 14 tahun dahulu.... 14 tahun sudah kita terputus
hubungan. Kini Allah menemukan kita semula.
| kami masih disini... |
.Alhamdulillah tak susah katanya..talipon saja nombor office sebut nama dah dikenali....yalah....dah nak pencen ...pun... mana tak nya ....semua orang tau..sebut saja nama. Cuma mujur juga aku tak bertukar-tukar pejabat. Dari dulu sampai sekarang dok sini saja.
Kata Kak Ani kerana kita ikhlas berkawan maka allah menghubungkan kita semula. Itulah nikmat Allah katanya .Alhamdulillah.
September 17, 2014
YANG
Yang ku rindu kamu
Yang ku nanti kamu
Yang ku harap hanyalah dirimu...
Yang melangkah kamu
Yang menunggu aku
Yang berjanji kamu
Yang setia hanyalah aku
Yang merancang kamu
Yang berangan kamu
Yang bijak kau katakan kamu
Yang bertindak kamu
Yang bertegas kamu
Yang ku harap hanyalah dirimu...
Yang melangkah kamu
Yang menunggu aku
Yang berjanji kamu
Yang setia hanyalah aku
Yang merancang kamu
Yang berangan kamu
Yang bijak kau katakan kamu
Yang bertindak kamu
Yang bertegas kamu
Yang bersalah kau katakan aku...
Yang merancang kamu
Yang menipu kamu
Yang tertipu kamu
Yang bodoh kau katakan aku...
Yang bercanda kamu
Yang ditinggal aku.....
Yang mengalah aku
Yang berserah hanyalah aku
Yang membuat kamu
Yang merasa aku
Yang susah kamu
Yang sakit kamu
Yang papa kamu
Yang kau cari akulah juga
Yang berdegil kamu
Yang buta kamu
Yang bersimpati hanyalah aku
Yang aku tahu
Yang aku yakin
Yang aku berserah hanyalah padamu ALLAH....
September 8, 2014
BABA
Semalam aku dimaklumkan baba tidak sihat. Makan minumnya alhamdulillah okey macam biasa.
Cuma yang agak merunsingkan keadaannya. Akhir-akhir ni baba agak murung dan tak banyak cakap.
Dia masih lagi ke surau sebelah rumah mak. Adakalanya dia tak jumpa pintu surau. Begitu juga semasa balik. Semua jemaah dah turun dia masih termanggu di surau tu..sehingga dibantu baru dia balik ke rumah.
Kata mak, malam-malam baba tak tidur..kadang-kadang dia mengomel seorang..entah apa yang diperkatakan tidak jelas butir bicaranya. Mak pun sedia maklum kesihatanya tidak begitu baik sejak akhir-akhir ni. Tentu dia pun rasa tak mampu nak melayan karenah baba lagi... nak jaga diri sendiri pun dia dah tak larat. Dua tiga hari lepas baba angkut semua kain bajunya ke bilik air direndamnya. Mujur ada Ani tolong cuci semula baju-baju baba.
Bila mak talipon memaklumkan keadaan baba , kita kena faham yang mak perlukan bantuan untuk mengurus baba yang bakal berumur 82 tahun Feb 2015 akan datang.Termenung juga aku dibuatnya. Bukan tak mahu jaga baba. Rasanya semua anak-anak baba berebut nak jaga baba jika diberi kesempatan menjaganya. Arwah mama menjaga baba begitu rapi...hingga kita anak-anaknya tak tau macam mana nak jaga baba semacam mama...setidak-tidaknya yang boleh mengembirakan baba macam semasa dia bersama arwah mama dulu.
Untuk meringan beban mak dan Ani anaknya aku kena bawa baba balik ke rumah. Setidak-tidaknya biarlah mereka berdua rehat , menghilangkan lengoh.Susah sangat ke nak bawa balik baba ke rumah ???. Sebenarnya baba pernah sakit selepas berkahwin dengan mak dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Tubuh badan okey alhamdulillah tak ada apa-apa. Tapi setelah beberapa hari baba terkena stroke dan tak boleh berjalan. Kami angkut baba ke rumah , jaga baba sampai sihat dan alhamdulillah boleh berjalan semula, malahan boleh bawa kereta semula..Insyallah kami akan jaga baba lagi...anak-anak baba memang nantikan peluang ini...untuk berbakti pada baba. Harap mak dapat ikut baba ke rumah kerana baba tak kan gembira tanpa mak disampingnya. Nanti Ani akan jaga rumah mak...bila baba dah okey sikit nanti baba balik lagi rumah mak...okey kan gitu....insyallah semuga dipermudahkan segala urusan baba.

September 7, 2014
USRAH NURANI
Siaran Usrah Nurani terbitan IKIM FM petang Jumaat yang lalu benar-benar menyentuh hatiku.
Ingin ku kongsi sebahagiannya di laman ini. Muga menjadi panduan buat kita semua. Ku tulis dan ku olah semula mengikut gaya bahasaku dan terhad apa yang ku ingat setakat ari ini.
Kisah yang dilalui oleh seorang ahli perniagaan benar-benar menyentuh hati kecilku. Sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya boleh ku bayangkan bagaimana sibuknya ia setiap hari yang dilaluinya. Dalam kesibukan itulah dia diserang oleh penyakit ganjil . Penyakit ganjil itu mula menyerangnya semasa ia sedang membentangkan kertas kerja. Kepalanya teramat sakit seolah-olah dicucuk dengan benda tajam dari arah kepala ....sehingga dia meraung kesakitan dan menggelumpur...
Sejak hari itu rutin harian berubah..dari aktiviti perniagaan kepada mengubat penyakit ganjil itu..yang sering menyerangnya bila-bila masa sahaja.Sebut saja hospital mana yang terbaik dia akan pergi,,,sebut saja bomoh mana dia akan pergi...sehingga semua hartanya abis dibelanjakan untuk berubat tapi tidak membuahkan hasil....
Satu malam dia terjaga dari tidurnya...dan berkata-kata pada dirinya...mengadu kepada yang esa... ya allah kenapa engkau takdirkan aku begini....kenapa engkau takdirkan ilmu hitam singgah kepadaku...kenapa engkau takdirkan habis semua hartaku....kini aku tidak punya apa-apa lagi...apakah silapku ya allah....
Tiba-tiba dia terasa terdengar-dengar suara dalam dirinya...."Allah sayangkan kamu maka ditimpakan kamu musibah "....Semasa kecil kamu dididik dengan pelajaran ugama...allah bersamamu... bila remaja kamu leka dan sibuk dengan persekolahanmu....dimana tuhanmu....semasa di universiti kamu sibuk mengejar kejayaan dalam pelajaran..dimana tuhanmu...bila tiba alam pekerjaan ya..sekali lagi kamu leka dengan kekayaan dan kejayaan...
Allah menyayangimu maka direntap kamu ...lalu kamu tersunggur.... jika kamu tidak diberi penyakit ini tentunya engkau masih leka mengejar kekayaan...bilakah masanya engkau mengingati Allah..!!!
Semua harta mu abis begitu saja..kerana dia tidak mau hasil yang tidak halal terus menjadi darah dagingmu...
Allah menyayangimu untuk membuatkan kamu mengingatinya buat sekian kalinya....terasa kerdilnya ia ketika itu.....Terima kasih Allah kerana memberiku hidayah......
Hari ini dia menjalani hidup yang lebih tenang..menunaikan solat lima waktu..diikuti dhuha, tahajud dan lainya...sememangnya Allah masih menyayangi dia.....penyakitnya sedikit demi sedikit telah menampakkan pengurangan insyallah dia akan sihat seperti sediakala.
"Sesungguhnya Allah tidak menguji seorang hamba itu melainkan yang mampu ditanggung olehnya. Setiap musibah itu ada kebaikannya....sabar adalah pokok segalanya...walaupun dikenakan ilmu hitam dan sihir sekalipun...jangan mudah menunding jari kepada sesiapa....tapi...lihatlah diri sendiri..muhasabah diri sendiri...dekatkan diri kepada YANG MAHA AGUNG....ALLAH SEKELIAN ALAM.....
Mudah-mudahan Allah menyayangi kita semua dan diberikan kesabaran serta ketabahan buat kita...AMIN...
September 4, 2014
SELAMAT DATANG !!!! - MAS PANDAN WANGI
Bersua kembali di arena penulisan yang sangat ku minati...tetapi telah ku tinggalkan sekian kali...
Terasa teruja kerana blog yang ku bangunkan sebelum ini dan ku tinggalkan begitu saja masih ada pelawatnya... terima kasih semua....
Saya rasa teruja untuk memulakan semula blog ini ...mungkin dengan pendekatan yang lebih bersahaja..insyallah...
Sekian dulu buat pembuka kata kali ini..... masa ambik anak kat
sekolah!!!...
JUMPA LAGI....!!!!

Subscribe to:
Comments (Atom)