Rasanya dah malas nak buat bisnes produk kesihatan...Bukan serik...saja tak nak...walaubagaimana sememangnya produk kesihatan tu penting untuk diamalkan. Sememangnya aku teruskan mengamalkan produk al hadi terutamanya coco minda al hadi.
Dalam pada itu aku juga telah mula berjinak-jinak dengan mengambil madu + serbuk kayu manis. Madu sunnah rasullullah dan telah termaktub akan khasiatnya dalam al quran , rupanya berganding dengan kayu manis khasiatnya berganda.
Kebetulan madu ku dah abis..macam tau-tau pulak kak ani dari Kedah ...talipon mari ,...sini Kak Ani kat KB ni..dalam program NUTRALHERBS....dah lama kak Ani dok kenen-kenen kan madunya kat aku , masa tu stok madu laici ,bunga liar dan longan masih ada...macam mana nak cuba madu naturalherbs... nilah masa yang sesuai sambil jumpa kak ani yang dah lama tak jumpa boleh lah juga cuba produk naturalherbs pulak....memang tak dinafikan kalau produk bercampur madu..mesti baik punya...madu tu sendiri dah punya khasiat tersendiri tambah dengan pelbagai buah2an pulak lagilah bertambah...kalau nak tau cubalah layari www.naturalherbs2u.com
Kalau rasa-rasa berkenan dan nak oder...boleh saya tolong uruskan.....cubalah jangan tak cuba apa yang baik kita kongsi-kongsikan....
October 29, 2014
October 27, 2014
DIET ATKINS
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang diperlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda.
1 Induction ( permulaan dan pengenalan ) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2 Ongoing Weight Loss ( penyusutan berat berterusan )
3 Pre-maintenance
4 Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting.
Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu ( paling kurang ) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda.

October 14, 2014
DIET ATKINS - JUST FOR U
TIADA SIAPA YANG BOLEH MENGUBAH DIRI ANDA
SELAGI ANDA TIDAK CUBA BERUBAH
UNTUK MENJADI LEBIH BAIK !!!!
YAKIN , USAHA, DOA DAN DISIPLIN
LANGKAH UTAMA UNTUK BERJAYA !!!!..
JANGAN PUTUS ASA, TERUSKAN USAHA !!!!
APA ITU DIET ATKINS ?
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr.Robert C.Atkins bagi membantu sesaorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkabohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
Dari segi sainsnya badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda menghadkan karbohidrat kepada 20 gram atau kurang sehari , store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48jam (2 hari ). Selepas itu apa yang dibakar oleh badan adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

October 12, 2014
MENJELANG 15 NOVEMBER.
Alhamdulillah... bolehlah menarik nafas lega sikit bila ubahsuai rumah moksu dah
hampir siap.Tinggal lagi frame pintu dan pemasangan atap dibahagian tangga.
Insyaallah siap ikut jadual.Walaupun ubahsuai ditumpukan pada bahagian -
bahagian mustahak sahaja... ok lah untuk memuaskan hati mok su dalam bajet
yang begitu terhad. Boleh lah daripada tak buat langsung.Setidak-tidaknya
ruangan berkenaan boleh digunakan untuk kenduri nanti sebagaimana
hajat asalnya.
Aku masih berkira-kira status sebenar persiapan menjelang 15 November nanti.
Tugasan yang aku sandang insyallah berjalan ikut jadual...yang ku bimbang ialah
tugasan lain-lain yang ku serahkan pada mok su dan anak-anaknya...emmm
takut nak tanya perkembangan...tentu jawapan nya tak sempatlah....kesian
mok su terkial-kial kesaorangan dengan perancangan yang berbagai-bagai..
.itulah yang memanggil-manggil aku..untuk turut menawarkan kidmatku..
.membantu melancarkan program yang kian hampir.
Seterusnya aku harus mengatur perancangan untuk membantu membersihkan
rumah maksu yang baru siap tu...siapalah yang bakal ku panggil utk membantu
ku nanti.....aku berkira-kira sendiri.Untuk pemasangan langsir insyallah husniah
telah menyatakan kesanggupanya.. membantu..dari pemilihan kain, dekoratif
terus pada pemasangan dengan bajet yang minima....terima kasih teman ku...
husniah rakan sekolahku ... Insyallah berjalan lancar.
18 Oktober 2014
Semalam dah selesai dapat kata putus untuk urusan canopy, meja dan kerusi.
Begitu juga dah dapat kata putus berhubung dengan cenderahati, buah +
keropok segera. Jamuan juga beres 26 oktober semua akan berkunjung
kerumah mok su lawatan ke lokasi. Kimah bersungguh-sungguh menyiapkan
tugasannya...mengedarkan kad jemputan insyallah dah 50 % siap. Insyallah
beres.Yang belum beres pada perkiraan ku ialah persiapan bilik pengantin...
tempat paling hot ...belum buat apa-apa lagi...kecuali sebuah bilik yang kosong..
Nak kena hubungi pengantin....tuan punya badan...
26 Oktober 2014
Diluar jangkaan mok su nak cat pulak umah dia..ingatkan cukup setakat
undercoat dulu tak...bahagian luar kuning...dalam hijau lembut...bilik
pengantin biru...ok gak....Hari ini teman kan kimah menghantar kad jemputan
sebelah waris-waris kita...maklumlah dia tak biasa sangat...kenalah kita...
memperkenalkan dan menyambung sillatulrahim...kalau tak kerja-kerja begini
tak kesampaian nak jemput kerumah.Semuga segalanya berjalan lancar.
Tinggal tunggu masa nak ambil bahan-bahan untuk cenderahati..tempahan
semua beres.
8 November 2014
Packing kerepok dah siap. Hantar kerumah mok su ari ni... sambil menjengok apa yang boleh dibantu. Disaat-saat akhir ni. Kat rumahnya anuar dan ayahnya sedang menyiapkan wiring rumah. Dah ku tanya dulu nak dimasukkan sekali dengan kerja ubah suai tak payah katanya...lampu dah ada cukup...ha..kan tau sekarang bukan setakat lampu aje...kipas dinding pun dua ,tiga ditambah..hai...terlajak bajet nampak...!!!
Tukang cat tu..masa aku ke rumah maksu ari rabu lepas...dia mengecat pintu yang tu jugak dengan cat undercoat, ari ni pintu tu jugak dengan cat finishing...bila nak siap ni...lantai.. tak berkesudahan juga...
apa lagi yang nak diketuknya..masa dah suntuk....dinding pun sama tak berubah..macam tu lah juga.
Tak taulah macam mana nak atur lagi...harap-harapnya mereka dapat siapkan. Sebelum majlis akad nikah.
Dalam waktu-waktu begini rasanya aku dah tak mampu bersuara lagi..takut memburukkan keadaan ..inilah akibatnya kalau buat tak ikut perancangan ikut kepala sendiri aje.....
11 November 2014
Majlis akad nikah. Berjalan lancar sebagaimana dirancang. Alhamdulillah. Jamuan nasi kerabu selepas akad nikah. Sedap....!!!
Selepas majlis akad nikah aku terus ke rumah Mok Su..memang niat nak tengok apa yang boleh dibuat...
memang sebagaimana yang dijangka...macam tulah jugak...walaupun sebelum ni aku dah maklumkan pada Adi perkara-perkara yang perlu dibereskan sebelum majlis akad nikah. Supaya kita semua boleh rehat sikit menjelang ari kenduri.
Bersama Aisyah kami meneruskan operasi membasuh lantai ..yang tidak berkesudahan itu...kemudian mok su menyertai program kami...membersihkan ruangan rumah satu demi satu. Adi aku perintahkan menyudahkan dinding yang tak berkesudahan tu...setelah memberi sedikit panduan utk menyelesaikan. Murni aku tugaskan membantu Kimah menyelesaikan paking cenderahati..masukkan keropok, air mineral kedalam uncang cenderahati dan klip sticker..
Alhamdulillah menjelang magrib semua selesai..termasuk dinding luar ..Adi yang kemudianya dibantu oleh Anuar... boleh pun kalau buat...insyallah esuk kami datang lagi..kebetulan cuti am dua hari...hari keputeraan Sultan Kelantan...memang sengaja pilih pun tarikhnya supaya kami punya masa utk persiapan.
12 November 2014
Selepas Zohor kami sekeluarga berkunjung lagi kerumah Mok Su....macam mana kami tinggal macam tulah keadaanya bila kami datang...hanya mok su yang nampok keluh kesah...tak tau mana nak capai... yang lain relax je...Mertua Kimah meneruskan kerja-kerja wiringnya yang belum selesai...tekun dia bekerja...seperti biasa anaknya juga sibuk bila ayah nya ada...tapi entah apa yang dia sibuk aku pun tak tahu...kiri kanan depan belakang....kalau tidak kerana ayahnya tak siap kerja wiring tu....
Program kami ari ni ..pasang hamparan ...dimana yang boleh....kami mulakan dengan bilik pengantin..seperti biasa mok su akan menyertai kami...sambil memberi arahan untuk memastikan kami buat mengikut keselesaanya...selesai bilik pengantin , ruang makan pengantin...kemudian kami akhiri dengan sebahagian daripada ruang tamu... sebahagian lagi....dua beranak tu masih berusha nak memecahkan lantai...pening aku tengok....bila nak siap tak tau..sedangkan esuk ialah hari kenduri di rumah pengantin perempuan...
rombongan kami ke rumah pengantin perempuan.. Aku tanya Anuar bila masa nak plaster lantai ni..asyik korek je...masa tu dah nak magrib...sekarang ...saya buat sekarang. Selesai solat magrib aku nampak camporan mortar dah siap dibancuh...banyaknya...entahlah..suka hati kamulah Anuar... malam tu kami tinggalkan begitu...dah penat...biarlah dia sudahkan bahagian dia.
Petang tu jugak aku dah selesaikan sebahagian dari bilik pengantin , dengan bantuan Anuar angkat katil ..dan carikan tilam yang sesuai...katil tu bukan saiz king...tapi king kong...lagi...katil lama tapi masih baik...tak payah membazir beli baru ..gunakan saja apa yang ada... pening jugak nak cari cadarnya..sebab saiz yang ada semuanya bukan saiz king kong..hanya queen saja...yang Adi beli pun saiz queen...manalah dia tau katil tu saiz king kong....nak ketawa juga aku ..dalam pening memikirkannya bersama Kimah..tiba-tiba Mak Su keluarkan cadar dalam stok simpanannya. Warna merah...lengkap dengan sarung bantalnya...saiz...memangnya saiz King Kong....Kimah tergelak besar...ya...dia yang beli dulu....dia pun dah lupa...rupanya ada dalam simpanan meknya....akhirnya Mok Su menyelamatkan keadaan...alhamdulillah...lega...cadar Kimah dan cadar Adi semuanya tak menjadi.
13 November 2014
Rombongan kami kerumah pengantin perempuan , Adi merancang perarakan bermulakan dengan group Alza...10 buah kereta katanya...akan bergerak dari Salor...wow..gah nya !!!. Malangnya ari hujan tak henti-henti....minta-mintalah...berhenti sekejap masa rombongan kami bergerak. Ummi nak bertolak bersama kami. Aku dah maklum padanya ..selepas solat zohor terus bergerak ke Dewan Beta aku agak paling lewat pukul 1.45 kami boleh bergerak utk berkumpul jam 2.30 di Dewan Beta. Pukul satu aku dah siapkan semua pakaian Aisyah n Murni dan menjemput mereka di sekolah. kami soalt zohor dirumah ummi.
1.45 ummi belum siap lagi...kami semua dah siap..aku berkira-kira...bolehlah pukul 2.00 ...insyallah sempat. Pukul 2.00 tak siap lagi..aku dah tak senang duduk..." ummi kita dah lewat nih...,"ya..ya"...jawab ummi ringkas. Akhirnya kami bertolak jam 2.15 ptg. Dalam perjalanan Nassri up date status dia kat mana takut ketinggalan rombongan...aku masih terperangkap dalam traffic -jam dalam bandar Kota Bharu. Kata Nassri dia nampak kereta Alza berderet-deret...Ha...ikut aje...rombongan tu...betul dah tu !!...Nampaknya kami terlepas dari menyertai rombongan tu.... Aku talipon pulak Kimah nak tau statusnya...katanya rombongan Kg.Salur dah bergerak..dengan group Alza...dia sekarang ni kat simpang tunggu Normi dari Pasir Pekan.Bertuah sungguh budak tu...dia pun baru bertolak dari rumahnya...ingatkan bermalam rumah meknya semalam...aduhai!!! anak-anak mok su...dah lah Adi semalam menghilangkan diri seharian...dari aku sampai kerumahnya sampai ke balik tak nampak batang hidungnya....
Akhirnya kami sampai kerumah pengantin...ternyata aku, kimah dan normi terlewat sampai dari rombongan hanya nassri yang bersama rombongan...sedangkan hanya kami yang mewakili keluarga sebelah ayah su..yang lain semua tak dapat hadir..kerana urusan..masing-masing...mujurlah ada rombongan dari keluarga mok su....walaubagaimana pun...keluarga sebelah ayah su (kami ) telah pun menghadir majlis pernikahan Adi yang lalu...Alhamdulillah....
Seusainya majlis aku mengajak ummi kerumah mok su sekali lagi...banyak lagi yang belum selesai kataku.
Plaster lantai dah selesai...Mok Su kata dia yang sudahkan..semalam... tu kat luar ..mortar keras...setongkol kat laman..rumah...banyak sangat dibancuh menantunya...semalam...apa-apa pun lantai dah siap...Mok Su yang selesaikan....
Sambung hampar dibahagian ruang tamu...kemudian mengemopnya dengan bantuan sepupu kimah..dari Pasir Mas...budak-budak tu aku kerah buat kerja supaya cepat siap...normi bawa kelambu bulat utk bilik pengantin....aku kerah Amin satu-satunya lelaki...panjat dan pasang kelambu...normi juga bawa rak utk hiasan bilik pengantin yang kosong...hanya ada sebuah katil dan tempat penyangkut tuala..yang aku ambil dari stor Mak Su. Dalam perjalanan balik kerumah malam tu kami singgah rumah Kamil pinjam jambangan bunga utk bilik pengantin. Mok Su juga bawakan meja kecil dari biliknya untuk bilik pengantin...ku letakkan disudut bilik. Hamparan permaidani lepas satu-satu dikeluarkan untuk aku pilih yang mana sesuai...okeylah..kira nya bilik pengantin tinggal pasang langsir aje...
14 November 2014
Hari terakhir untuk persiapan. Aku hanya bertolak kerumah mok su selepas jumaat bersama Ummi dan anak-anakku...memberi peluang kepada anak-anak Mok Su menyiapkan apa yang perlu. Sesampainya aku ke Salor Husniah dan pekerja dah ada memasang railing dan langsir...alhamdulillah. Jengok kebahagian dapor masih tunggang langgang ....buah epal berkotak-kotak...tambahan utk cenderahati...aku minta Murni dan Ummi membereskan kerja tu...kalau tak ..tak bergerak epal tu dalam kotaknya...ingatkan dah selesai bahagian tu...petang tu Nasim dan keluarga sampai untuk membantu apa yang patut...Cik Dah dan anak-anaknya aku minta bantu Ummi uruskan epal-epal tu..nak kena selesaikan malam ni jugak....
Aku panggil Anuar pindahkan kan barang-barang kat bahagian dapor...nak kemas macam mana...kena tanya mek dulu katanya..." Ikut saja arahan jangan banyak cakap " katanya aku memerintah...masa dah suntuk...aku buat macam rumah tu aku yang punya...dengan mengambil kira ..ciri-ciri mok su juga...supaya dia tau kat mana barang-barangnya...nanti tak jumpa cari pulak...dah dikosongkan bahagian tengah dapor...hampar hamparan pulok...yang aku agak dah disiapkan pagi tadi oleh ahli rumah...tak menjadi rupanya...sekejap saja dah siap dengan bantuan nasim. Aku minta Nasim tambahkan bahagian dinding yang masih tidak sempurna bersama Adi. Ummi cadangkan dipasang lampu-lampu kecil pada bhg. kelambu utk menceriakan...bilik tu....aku tugaskan ..tugasan tu pada Adi. Jambangan-jambangan bunga kecil yang dibawa Cik Dah tambah menyerikan bilik pengantin yang sederhana tu....okeylah daripada tak de langsung...
nampak macam bilik pengantin juga akhirnya. Dengan langsir yang agak menarik utk bilik tu..tambah menyerikan...terima kasih sahabatku Husniah....
Aku minta Adi tukar kelambu biru kepada kelambu purple...supaya matching dengan warna cadar merah dan permaidani merah....waw...hampir siap..tinggal lampu lip-lap je yang belum dipasang...perabut ringkas...jambangan bunga..yang seadanya cukup sebagai penyeri.
Kami tinggalkan rumah Mok Su malam tu selepas makan malam di rumah Mok Su..dan semua peralatan ruang tamu selesai...tinggal esuk untuk kemasan terakhir...insyallah esuk tak hujan macam petang ni juga...khemah pun siap dipasang.
15 November 2014
Hari yang di tunggu tiba juga....hujan juga aduhai....aku,ummi dan aisyah bertolak kerumah Mok Su dalam pukul 9.00 pagi untuk menyiapkan apa yang perlu seawal mungkin. Murni bersama Nasim...
Pertamanya...hampar tikar-tikar kat ruang tamu...sekejap aje selepas..kerana dibantu oleh anak-anak saudara Mok Su ..lengkapkan meja dengan alas meja yang aku bawa.... ummi juga bawa seperah untuk alas tempat pengantin.
Aku jengok bilik pengantin betulkan apa yang rasa terkurang. Sediakan pinggan mangkok untuk hidangan pengantin. Hamparan diruang makan pengantin dengan jambangan bunga cik dah...simple..tapi berseri...
Di luar rumah...hujan..kerusi masih berlonggok tidak diatur...aku kerahkan amin dan kakaknya membantuku menyusun kerusi-kerusi dan mengelapnya...supaya tidak basah bila jemputan tiba.
Alhamdulillah semuanya beres.. sentuhan terakhir Adi..memasang lampu lip lap...semalam tak sempat katanya kerana terpaksa menjemput sepupu-sepupunya di Pasir Mas.Ahh !! menjadi juga lampu lip-lap ummi....
Selepas siap berpakaian Mok Su tiba-tiba bersilat diruang tamu...terpegun aku...ahh !!! sudah...kenapa dengan mok su nih...naik angin pulok ko...semua yang melihatnya bertepuk tangan ..aku dan kimah berpandangan ...berinteraksi dengan mata...seribu persoalan...15 minit berlangsung...bimbang juga aku...takut mok su buat hal...bila rombongan tiba. Selesai persembahan Mok Su aku minta mok su makan dulu...minta adik iparnya temankanya makan utk pastikan dia makan. Aku bimbang Mok Su keletihan..penat badan penat otak...biar relax...
Selesai aku mandi dan bersiap aku nampak Mok Su ceria sekali dan okey...!!...sempat juga aku tanya kenapa bersilat tadi....dia senyum...katanya kalau Adi ada tadi mau dia bersilat dengan anak lelakinya tadi...memang Adi handal bersilat pulut..silat utk pengantin dan pembuka acara. Rupanya Mok Su melahirkan kegembiraannya melalaui persembahannya..bukan apa..aku je...yang salah sangka....Mok Su..Mok Su....seterusnya majlis berjalan lancar walaupun hujan tak henti-henti....semua waris-waris yang dijemput hadir.
Alhamdulillah kami semua berjaya menyempurnakan majlis perkahwinan Ismadi Mahmood dengan majlis yang sederhana tapi meriah....Alhamdulillah....Gambar-gambar..ada dalam handset ..tak pandai nak up load...gambar hari kenduri rumah maksu..dan bilik pengantin semua tak ambil...kelam kabut ..tak ingat nak bergambar pun....kesian....

DIARI
1 OKT 2014
In shaa Allah semuga Allah perkenankan .....
segala-galanya daripada DIA.
13 OKT 2014
In shaa Allah ayah yakin cah dapat menjawab dengan baik setiap soalan yang keluar cah macam abang anih jugak bijak walau pun nakal nakal cikit ayah tau anak ayah...
Ya Allah berilah ingatan yang baik segala apa yang di ajar oleh guru-gurunya pada anakku dalam hadapi setiap peperiksaannya...amin.
14 OKT 2014
Sentiasa berdoa untuk kejayaan anak-anak .... Anak adalah permata hati ayah.
Insyallah saya akan bantu Yang cikit ,mudah-mudahan Allah perkenankan hasrat saya ni.
15 OKT 2014
Salam ayah rindu sangat-sangat kat adik , kakak exam macam mana ...?
16 OKT 2014
Sentiasa berdoa untuk kejayaan anak-anak... in shaa Allah semuga Allah perkenankan segala keinginan kita...
17 OKT 2014
Wish ko Hanis bday dia tak jawab pun. Projek dalam masa 8 bulan juga pandai kecek Burma n makan sireh lah kali nie...
18 OKT 2014
Hari ni meeting dgn projek engineer mcm tau-tau je saya nie... nak suko jugak ! ha..ha..ha..
Buta kayu..adoiii!!!
23 OKT 2014
Salam Yang memang saya sentiasa ingat kat Yang , Yang terlalu baik pada saya, saya pun tak tau kenapa benda macam ni harus berlaku..... Saya mesti balik dengan sesuatu yang baik...Keinginan sentiasa ada
Yang kan ibu kepada anak-anak kita.
30 OKT 2014
Terima kasih Yang selalu doa untuk rezeki saya in shaaAllah untuk anak-anak juga.... jaga diri baik-baik.
31 OKT 2014
Saya baru kerja sekarang ni..target nak bagi anak-anak dulu...in syaa Allah.
In shaa Allah semuga Allah perkenankan .....
segala-galanya daripada DIA.
13 OKT 2014
In shaa Allah ayah yakin cah dapat menjawab dengan baik setiap soalan yang keluar cah macam abang anih jugak bijak walau pun nakal nakal cikit ayah tau anak ayah...
Ya Allah berilah ingatan yang baik segala apa yang di ajar oleh guru-gurunya pada anakku dalam hadapi setiap peperiksaannya...amin.
14 OKT 2014
Sentiasa berdoa untuk kejayaan anak-anak .... Anak adalah permata hati ayah. Insyallah saya akan bantu Yang cikit ,mudah-mudahan Allah perkenankan hasrat saya ni.
15 OKT 2014
Salam ayah rindu sangat-sangat kat adik , kakak exam macam mana ...?
16 OKT 2014
Sentiasa berdoa untuk kejayaan anak-anak... in shaa Allah semuga Allah perkenankan segala keinginan kita...
17 OKT 2014
Wish ko Hanis bday dia tak jawab pun. Projek dalam masa 8 bulan juga pandai kecek Burma n makan sireh lah kali nie...
18 OKT 2014
Hari ni meeting dgn projek engineer mcm tau-tau je saya nie... nak suko jugak ! ha..ha..ha..
Buta kayu..adoiii!!!
23 OKT 2014
Salam Yang memang saya sentiasa ingat kat Yang , Yang terlalu baik pada saya, saya pun tak tau kenapa benda macam ni harus berlaku..... Saya mesti balik dengan sesuatu yang baik...Keinginan sentiasa ada
Yang kan ibu kepada anak-anak kita.
30 OKT 2014
Terima kasih Yang selalu doa untuk rezeki saya in shaaAllah untuk anak-anak juga.... jaga diri baik-baik.
31 OKT 2014
Saya baru kerja sekarang ni..target nak bagi anak-anak dulu...in syaa Allah.
October 2, 2014
LAGU-LAGU PILIHAN
- Dulu kau katakan akulah yang paling kau sayang.
Engkau bilang akulah mahkota hatimu....
- Hidupku dan matiku hanyalah untukmu
Aku akan menjagamu semampuku dan sebisaku
Kerana kaulah nyawaku...
- Telah ku siapkan satu daerah dalam hatiku
Untukmu isteriku..
Hidup ini tak semudah yang kita janjikan..
Tak seindah yang kita janjikan
Kerana kau isteriku..
- Berjanji biarlah pasti
Hingga ke hujung dunia..
Pasti kita akan menangis & ketawa bersama-sama
Perlu tabah hadapi
Segala apa yang telah kita lalui
Adalah kita hari ini...
- Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Kalau hati ,tidak tertahan
Di dalam air badan berpeloh.
- Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pastiku terima.
- Sepanjang perjalanan ini
Lembah & lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui....
Mencari pepohon nan rimbun
Walau dahan nan rapuh
Tempat ku berteduh
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
- Hati ini selalu mencintaimu
Selalu dekatkan aku dengannya
Satukan lah hati kami
Jadikanlah malam ku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang.
Subscribe to:
Comments (Atom)