Perkara-perkara yang dilarang semasa 2 minggu induction Diet Atkins :-
1. Nasi, mihun, laksa, laksang,spageti,fettucini,vermicelli, kuew tiau,dan yang sebangsa dengannya.
2. Roti,roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang
sebangsa dengannya, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
3.Gula pasir, gula melka, gula merah, madu dan apa-apa yang bergula tinggi.
4. Buah-buahan tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang. ( 23.7 g karbohiderat sebji )
5. Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas dan kurangkan pengambilan kopi.
6. Snek seperti twisties, biskut manis, nachos,popcorn, jeruk manis.
7.Segala bentuk kekacang.
8. Makanan berproses seperti bebola sotong, bebola ayam.
9.Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
10. Sos dan Kicap.
11. Kurangkan makanan berproses, walaupun rendah kabohiderat ( burger, hotdog )
12. Sayuran berkabohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi dan lobak.
13.Produk tenusu seperti susu yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
14. Makanan ringan seperti gula-gula, potato chips, chocolate, pop corn, aiskrim.
15. Sate yang dibeli dikedai kebanyakannya diperap dengan gula.
No comments:
Post a Comment
Sila Tinggalkan Mesej Anda Di sini